arena

Djokovic ke final

Oleh AFP

NOVAK Djokovic menewaskan Roger Federer yang berdepan kecederaan di saingan separuh akhir hari ini sekali gus mara ke final Terbuka Australia.

Djokovic melakar kemenangan 7-6 (7/1), 6-4, 6-3 ke atas Federer yang pada satu ketika memerlukan rawatan di tepi gelanggang.

“Satu penghormatan untuk Federer kerana turun beraksi,” kata Djokovic yang menghampiri kejuaraan utama ke-17.

“Dia sedang mengalami kecederaan dan tidak berada pada prestasi terbaik,” katanya lagi yang tidak pernah gagal melepasi saingan separuh akhir atau final di Melbourne.

Sementara itu pemain Amerika Syarikat (AS), Sofia Kenin mengejutkan wakil tuan rumah, Ashleigh Barty 7-6 (8/6), 7-5 untuk mara ke pentas final buat kali pertama.

Kenin akan bertemu Garbine Muguruza pada aksi final selepas pemain bukan pilihan dari Sepanyol itu menewaskan Simona Halep 7-6 (10/8), 7-5 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 8:37pm
d