arena

Cundy menang emas basikal Para

Oleh Agensi

JODY Cundy memenangi pingat emas pertama Britain dalam Kejohanan Basikal Para Trek Dunia di Milton, Kanada.

Juara dunia 16 kali berusia 41 tahun itu, mencatat satu minit 5.087 saat untuk memenangi acara C4.

Britain memenangi medal acara 500m ujian masa menerusi Kadeena Cox yang memperoleh pingat perak dalam kategori C4 dan Sarah Storey yang menggondol gangsa dalam C5.

Sarah, juara berbasikal Paralimpik sembilan kali, sudah memenangi 18 pingat dalam Kejohanan Dunia bagi acara trek.

Jaco van Gass layak dalam pemburuan pingat emas dalam final lelaki C3 acara pecut individu dan akan bersaing berdepan perlumbaan Australia, David Nicholas untuk pemburuan kejuaraan lewat malam ini.

Dalam acara lelaki C5, Jon-Allan Butterworth berada di tempat ke empat, Jon Gildea kelima dan Blaine Hunt keenam.

Disiarkan pada: January 31, 2020 @ 11:33am
d