arena

Emre Can dipinjamkan ke Dortmund

Oleh Reuters

BORUSSIA Dortmund menandatangani pemain tengah antarabangsa Jerman, Emre Can dari juara Itali, Juventus menurut kelab Bundesliga itu.

Bekas pemain Liverpool berusia 26 tahun itu melengkapkan pemeriksaan perubatan sebelum menandatangani perjanjian bersama Dortmund, dengan perjanjian pinjaman sehingga Jun ini.

Juventus berkata Dortmund akan membayar sekitar satu juta euro (RM4.54 juta) sebagai syarat pinjaman sehingga hujung musim sebelum boleh membuat perjanjian pembelian yang dijangka meningkat sehingga 25 juta euro (RM113.61 juta).

“Saya fikir pasukan ini mempunyai potensi yang hebat dan boleh memenangi sesuatu,” kata Can, yang memulakan karier bersama Bayern Munich sebelum menyertai Bayer Leverkusen dan kemudian Liverpool pada 2014.

Disiarkan pada: February 1, 2020 @ 8:42am
d