arena

Keisuke Honda sertai Botafogo

Oleh Reuters

PEMAIN tengah Jepun, Keisuke Honda menandatangani perjanjian bersama kelab berpangkalan di Rio de Janeiro, Botafogo, umum kelab dan pemain itu.

Honda, 33, yang pernah beraksi buat CSKA Moscow dan AC Milan dalam kembara kariernya, kembali dari Vitesse Arnhem yang dilaporkan membabitkan kontrak selama 11 bulan.

“Semuanya baik?” kata Honda di Portugal ketika merakamkan video pendek yang dimuat naik menerusi akaun Twitter kelab berkenaan.

“Saya bermain untuk Botafogo. Kita lihat bagaimana cabarannya nanti di Rio de Janeiro. Sehingga itu! Terima Kasih.”

Laporan berita Brazil berkata Honda meminta sebuah kereta kalis peluru sebelum menandatangani perjanjian untuk bermain di bandar yang merekodkan kadar kes pembunuhan tinggi berbanding Eropah atau Jepun.

Disiarkan pada: February 1, 2020 @ 9:03am
d