arena

Rudiger penyelamat Chelsea

Oleh Reuters

DUA jaringan pemain pertahanan, Antonio Rudiger memastikan Chelsea meraih satu mata berharga ketika seri 2-2 dengan pasukan tangga ketiga Liga Perdana, Leicester City di Stadium King Power, hari ini.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard melakukan kejutan sebelum sepak mula apabila mengetepikan penjaga gol utama, Kepa Arrizabalaga selepas mempamerkan prestasi hambar sejak beberapa perlawanan lalu dan menggantikannya dengan penjaga gol veteran berusia 38 tahun, Willy Caballero.

Caballero membalas kepercayaan yang diberikan apabila menafikan cubaan Jamie Vardy pada separuh masa pertama yang didominasi oleh Chelsea tetapi masih bergelut untuk mencipta gol.

Pelawat di depan menerusi Rudiger pada minit ke-46 sekali gus gol pertamanya di saingan liga sejak Oktober 2018.

Bagaimanapun ia tidak bertahan lama selepas Harvey Barnes menyamakan kedudukan lapan minit kemudian dan Ben Chilwell meletakkan Leicester di depan minit ke-64.

Rudiger bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila mendanduk masuk menewaskan penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel minit ke-71.

Disiarkan pada: February 1, 2020 @ 10:50pm
d