arena

Sassuolo tamatkan badi

Oleh AFP

DUA jaringan pantas Francesco Caputo berjaya membantu Sassuolo mencatat kemenangan sulung ke atas AS Roma dalam saingan Serie A.

Kekalahan 2-4 itu menyaksikan skuad bimbingan Paulo Fonseca kekal di tangga keempat namun kedudukan untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara sedikit tergugat apabila mereka hanya dibezakan satu mata dengan Atalanta yang bakal berdepan pasukan sedang bergelut Genoa hari ini.

Caputo menjaringkan dua gol pada minit ketujuh dan 16 di Emilia Romagna untuk membolehkan pasukan bimbingan Roberto De Zebri menekan Roma.

Derita Roma semakin bertambah selepas Filip Djuricic menjaringkan gol ketiga pada minit ke-26.

Ketua pasukan, Ediz Dzeko meledak gol ke-100 bersama Roma pada minit ke-55 namun pasukannya tersentak dengan layangan kad kuning kedua Lorenzo Pellegrini 14 minit kemudian.

Kesilapan Jeremie Boga menampan bola dengan tangan membolehkan Roma mendapat talian hayat apabila Jordan Veretout tanpa kesilapan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-73.

Bagaimanapun, Jeremie Boga mengesahkan kemenangan Sassuolo selepas meledakkan gol keempat pada minit ke-74.

Sassuolo yang menduduki tangga ke-13 tidak pernah menumpaskan Roma dalam 13 perlawanan dan tumpas 2-4 pada aksi pertama musim ini September lalu di Stadium Olimpico.

Ini adalah kekalahan keempat Roma tahun ini.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi menyaksikan dua pasukan yang sedang memburu slot ke Liga Europa, Parma dan Cagliari mencatat keputusan seri 2-2.

Disiarkan pada: February 2, 2020 @ 9:21am
d