arena

Solskjaer pertahan Martial

Oleh Agensi

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mempertahankan penyerang, Anthony Martial yang tumpul dalam beberapa perlawanan sejak akhir-akhir ini.

Martial bergelut dengan prestasi, hanya menjaringkan satu gol dalam enam aksi terakhir semua kejohanan ketika menentang skuad Liga Dua, Tranmere Rovers pada Piala FA, bulan lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu gagal membantu United yang hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Wolves semalam tetapi Solskjaer tetap mempertahankan pemain Perancis itu.

"Dia memberikan segalanya kepada kami. Saya fikir dia membarisi kesebelasan utama dalam lapan perlawanan bulan ini dan dia berlari lebih 20 peratus daripada apa yang dilakukan ketika saya datang ke sini,” kata Solskjaer.

"Situasi itu berlaku kepada semua pemain, jadi ia bukan hanya mengenai ketahanan mental dan taktikal, ia membabitkan fizikal yang perlu kami pantau. Kami akan memberikannya (Martial) lebih sokongan, memberinya rehat apabila diperlukan.”

"Saya puji dia, duduk bersama dan saya gembira dengan dia. Saya tahu dia penat tetapi dia tak pernah merungut ketika sesi latihan.”

Martial menjaringkan lapan gol dalam 19 aksi Liga Perdana dan 12 dalam semua kejohanan musim ini.

Disiarkan pada: February 3, 2020 @ 12:45pm
d