arena

Williams pertahan Muslim Uighur

Oleh Agensi

BINTANG ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams kembali mengutuk China berhubung layanan buruk terhadap warga Muslim Uighur.

Dalam satu temuramah selepas melakukan penampilan pertama bersama Toronto Wolfpack di Liga Ragbi Inggeris, Williams yang menjulang Piala Dunia sebanyak dua kali bersama All Blacks berkata, dia berasa malu kepada dirinya sendiri kerana kurang bersuara.

“Saya sentiasa bersuara terhadap rakan seagama di China yang diletakkan di kem tahanan dan berdepan ketidakadilan,” katanya yang menganut agama Islam sejak 10 tahun lalu.

“Saya hanya ingin bercakap perkara yang benar. Kadangkala mungkin saya melakukan kesilapan tetapi di dalam isu ini, saya tahu berada di pihak yang benar.

“Saya berasa malu kerana berasakan tidak cukup untuk bersuara, bukan saja sebagai Muslim, tetapi juga sebagai seorang manusia.

"Kadangkala anda perlu bercakap perkara yang benar," katanya.

Williams menerusi akaun sosial miliknya Disember tahun lalu mula mengutuk China kerana layanan buruk terhadap Muslim Uighur.

Disiarkan pada: February 3, 2020 @ 11:43pm
d