arena

Misbun sah pengarah pembangunan remaja [METROTV]

Oleh Saiful Affendy Sapran

DATUK Misbun Sidek sah dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

“Ini adalah tanggungjawab besar buat Misbun.

“Kami memberikan beliau mandat untuk membuat penilaian mengenai struktur yang ada ketika ini dan selepas tempoh itu beliau akan cadangkan struktur baharu bagi program pemain remaja.

“Selepas itu, baru kami akan tetapkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada Misbun dan pasukannya,” katanya.

Norza berkata, Hendrawan akan mengambil alih tugas Misbun sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki negara.

Disiarkan pada: February 4, 2020 @ 4:25pm
d