arena

Walscheid gegarkan Menara Petronas

Oleh Aida Adilah Mat

SELEPAS tiga peringkat perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 Maximilian Walscheid dari NTT Team pasukan berstatus WorldTour akhirnya berjaya bergelar juara.

Pada saingan yang menawarkan jarak 162.5 kilometer (km) dari Temerloh ke Kuala Lumpur, Walscheid berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Menara Petronas dengan catatan masa tiga jam 51 minit 42 saat.

Dia yang muncul juara kreterium pengenalan di Kota Kinabalu, Sabah Khamis lalu, menewaskan Riccardo Minali (Nippo Delco Provence) dan Ahmet Orken (Team Sapura Cycling) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, rakan sepasukan Orken yang juga pelumba tempatan, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff menyarung jersi merah (raja bukit) selepas menguasai dua dari tiga zon pendakian.

Disiarkan pada: February 9, 2020 @ 4:56pm
d