arena

PSG buat Lyon terus derita

Oleh AFP

PARIS Saint-Germain terselamat ketika beraksi tanpa kehadiran Neymar dan kebangkitan Lyon untuk menang 4-2 di Parc des Princes, selain di bantu gol sendiri Fernando Marcal pada babak kedua.

Pendahului liga dan juara bertahan PSG selesa di depan sebelum rehat separuh masa apabila Angel Di Maria dan Kylian Mbappe meledak gol berdepan Lyon skuad yang berdepan musim mengecewakan.

Kemudian Marcal secara tidak sengaja merembat bola ke arah gawang sendiri sejurus selepas rehat, meninggal Lyon mencatat satu lagi kekalahan besar di Paris, di mana mereka tewas 0-5 dalam aksi musim lalu.

Begitupun, Martin Terrier dan Moussa Dembele pantas merapatkan kedudukan jaringan dan PSG memerlukan gol lewat daripada pemain gantian Edinson Cavani untuk memastikan kemenangan.

"Biasanya selepas gol seperti itu perlawanan akan berakhir," kata jurulatih Thomas Tuchel mengenai jaringan sendiri itu.

"Namun kami tidak cukup disiplin dan ia adalah pengajaran yang tidak pernah berakhir buat kami."

Aksi PSG agak membimbangkan menjelang pertembungan saingan 16 terakhir perlawanan pertama di gelanggang lawan bertemu Borussia Dortmund pada 18 Februari, sekalipun Pengarah Sukannya Leonardo menegaskan kepada Canal Plus pertembungan itu bukan mengenai 'hidup atau mati' buat kelab yang dimiliki jutawan Qatar itu.

Mereka berharap dapat menerima sentuhan Neymar kembali. Pemain termahal dunia diketepikan buat kali kedua dalam perlawanan utama berikutan mengadu mengalami masalah pinggul.

"Kami beraksi banyak perlawanan dan kesilapan berlaku tetapi saya tidak tahu masalah ini semakin kritikal atau tidak," tambah Tuchel.

"Pasukan ini amat hebat dan kami boleh lupakan bahawa kami beraksi tanpa ramai pemain utama."

Tanpa Neymar - begitu juga rakan senegaranya yang mengalami kecederaan, Thiago Silva dan Marquinhos, di barisan pertahanan - skuad kendalian Tuchel mencetak lapan kemenangan berturut-turut dan melebarkan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan dalam semua kejohanan.

Sementara itu, Lyon tidak menang dalam tiga perlawanan dan keputusan itu meninggalkan bekas juara tujuh kali di kedudukan kesembilan liga.

Lapan mata memisahkan kepada slot kelayakan Liga Juara-Juara dan pertembungan menentang Juventus pada dua aksi Eropah akan datang tampak sukar buat mereka.

Disiarkan pada: February 10, 2020 @ 9:57am
d