arena

Ronaldo, Ibrahimovic buru Piala Itali

Oleh AFP

CRISTIANO Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic dijangka bersedia diturunkan ketika pasukan yang diwakili Juventus dan AC Milan bertembung pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Itali, di San Siro, awal pagi Jumaat ini.

Ronaldo dan Ibrahimovic masing-masing menjaringkan gol minggu lalu dalam kekalahan Juventus ke atas Hellas Verona, 1-2, sementara AC Milan gagal memanfaatkan peluang mendahului dua gol sebelum tewas 2-4 kepada seteru tradisi Inter.

“Ia bukan keputusan yang kami mahukan,” kata Ronaldo biarpun menjadi pemain pertama Juventus yang menjaringkan gol dalam 10 perlawanan liga berturut-turut, hanya kurang satu perlawanan bagi mencipta rekod Serie A.

Pemenang Bollon d’Or lima kali itu sudah merekodkan 23 gol dalam semua kejohanan musim ini.

Ibrahimovic, 38, pula sudah menjaringkan tiga gol sejak kembali ke Milan, bulan lalu.

Penyerang dari Sweden itu menanduk masuk gol kedua dalam perlawanan, Ahad lalu selepas membantu jaringan pertama dihasilkan rakan sepasukan sebelum Inter bangkit meledak empat gol pada babak kedua.

“Saya membuktikan yang saya masih mampu membawa perubahan biarpun sudah berusia 38 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, penyerang Inter, Romelu Lukaku sudah bersedia untuk membayangi kelibat dua bekas pemain Manchester United itu apabila pasukannya turun menentang Napoli dalam satu lagi separuh akhir, awal pagi Khamis ini.

Napoli yang dibimbing Gennaro Gattuso berjaya menyingkirkan Lazio pada aksi suku akhir biarpun pasukan itu dilihat bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini.

Jadual Piala Itali

Separuh Akhir Pertama

Khamis, 3.45 pagi

Inter Milan mln Napoli

Jumaat, 3.45 pagi

AC Milan v Juventus

Disiarkan pada: February 11, 2020 @ 12:08pm
d