arena

Kena Ole da... [VIDEO]

Oleh Agensi

AKSI menggelecek dan kawalan bola dalam permainan bola sepak bukan sahaja menjadi tarikan pada setiap perlawanan.

Malah skil individu tinggi menunjukkan kemampuan seseorang pemain itu.

Lihat sahaja aksi bersahaja pemain ternama Eropah seperti Ronaldo, Messi, Hazard, Mbappe dan ramai lagi.

Masing-masing sering menonjolkan skil ketika beraksi. Mungkin ini adalah satu faktor ramai terhibur melihat aksi mereka tidak hanya menanti keputusan penuh perlawanan sebaliknya melihat corak permainan yang diperagakan.

Klip video ‘Amazing Football Skills and Tricks’ yang disunting kemas merangkumi aksi bola sepak Eropah selama empat minit 37 saat antara yang menarik perhatian netizen sehingga mencatat lebih 400,000 pelanggan layar.

Disiarkan pada: February 11, 2020 @ 3:01pm
d