arena

Harrif juara Peringkat 5

Oleh Aida Adilah Mat

PELUMBA Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Saleh mencipta sensasi apabila muncul juara Peringkat 5 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

Anak jati Terengganu itu menamatkan saingan membabitkan laluan sejauh 165.8km dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh yang menyaksikan penyudah beramai-ramai dengan catatan masa tiga jam 39 minit 42 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing milik pelumba NTT Pro Cycling Team, Maximilian Walscheid dan Matteo Pelucchi dari Bardiani CSF Faizane.

Disiarkan pada: February 11, 2020 @ 6:01pm
d