arena

Klinsmann letak jawatan jurulatih Hertha

Oleh Reuters

JUERGEN Klinsmann meletak jawatan sebagai jurulatih Hertha Berlin hari ini selepas 10 minggu dilantik dengan alasan kekurangan sokongan dan kepercayaan.

Bekas pemenang Piala Dunia, Klinsmann menggantikan Ante Covic sebagai ketua jurulatih pada akhir November lalu ketika Hertha terperosok dalam zon penyingkiran tetapi keputusannya itu mengejutkan pengurusan kelab.

Kegagalan Klinsmann yang kedua di kelab Bundesliga selepas mengendalikan Bayern Munich kurang daripada semusim 12 tahun lalu.

"Kami dalam haluan yang bagus dan walaupun berdepan perlawanan sukar kami melonjak enam mata daripada zon penyingkiran. Saya amat yakin Hertha akan maju ke hadapan,” kata Klinsmann yang menjuarai Piala Dunia 1990 sebagai pemain, katanya dalam satu kenyataan.

"Tetapi untuk melengkapkan tugas itu, sebagai ketua jurulatih, saya perlukan kepercayaan semua pihak. Dalam usaha mengelak penyingkiran, kami perlu bersatu, miliki persefahaman mantap dan konsentrasi adalah kunci utama. Jika mereka gagal meyakinkan saya, sukar untuk saya menjalankan tugas sebagai jurulatih.”

Pembantu Klinsmann, Alexander Nouri akan mengambil alih tugas buat sementara waktu.

Disiarkan pada: February 12, 2020 @ 12:13am
d