arena

Dembele berehat panjang

Oleh AFP

OUSMANE Dembele dijangka terlepas aksi Euro 2020 selepas Barcelona mengumumkan pemain antarabangsa Perancis itu terpaksa diketepikan selama enam bulan berikutan menjalani pembedahan kecederaan hamstring.

Ketiadaan Dembele turut menyaksikan dia akan terlepas semua baki perlawanan bersama Barca yang sebelum ini turut kehilangan khidmat seorang lagi penyerang, Luis Suarez.

Bintang Uruguay dan bekas penyerang Liverpool, Suarez terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan lutut bulan lalu.

Dembele, 22, beberapa kali mengalami kecederaan hamstring sejak menyertai gergasi Sepanyol itu daripada Borussia Dortmund pada Ogos 2017 dengan yuran perpindahan sekitar 147 juta Euro (RM663.43 juta).

Perkembangan terbaru itu pastinya mendorong Barcelona untuk melakukan pembelian pemain bagi menggantikan pilihan di jentera serangan, jika mereka mendapat kebenaran untuk melakukan belian kecemasan oleh Pesekutuan Bolasepak Sepanyol.

Disiarkan pada: February 12, 2020 @ 8:06am
d