arena

Pospisil hantar Medvedev pulang

Oleh Reuters

PILIHAN utama, Daniil Medvedev tersingkir daripada Terbuka Rotterdam selepas tewas 4-6, 3-6 kepada pemain ranking ke-104 dunia dari Kanada, Vasek Pospisil yang mara ke saingan 16 terakhir, hari ini.

Pemain nombor lima dunia, Medvedev yang dianggap salah seorang pemain generasi baharu mampu menjuarai Grand Slam menyaksikan cabarannya di Rotterdam lebur dalam masa 68 minit di tangan Pospisil.

Pemain Kanada berusia 29 tahun itu meneruskan momentum cemerlang selepas mara ke final Terbuka Sud de France di Montpellier minggu lalu menyelamatkan lima daripada enam mata break dan menyempurnakan tiga miliknya sebelum mencipta kejutan terbesar dalam kejohanan itu setakat ini.

Pemain Perancis, Gael Monfils pula memulakan misi mempertahankan kejuaraan di Rotterdam dengan bergaya apabila menewaskan pemain Portugal, Joao Sousa 6-3, 6-2.

Monfils yang menewaskan Pospisil pada final di Montpellier minggu lalu hanya memerlukan 70 minit untuk menyingkirkan lawannya selepas meledak lima ace dan menyempurnakan empat mata break.

Pemain Perancis berusia 33 tahun itu yang mahu menjadi pemain pertama menjuarai gelaran Rotterdam dua kali berturut-turut sejak pemain Sweden, Robin Soderling melakukannya pada 2011 akan berdepan rakan senegara, Gilles Simon yang menewaskan Mikhail Kukushkin 7-6(3), 3-6, 6-3.

Disiarkan pada: February 14, 2020 @ 12:30am
d