arena

Pele tenang dan beransur pulih

Oleh AFP

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele berusaha meyakinkan peminat bahawa dia berada dalam keadaan baik, selepas anaknya memaklumkan dia berdepan tekanan dan bintang veteran itu selalu tiada di rumah.

“Terima kasih atas doa dan kebimbangan anda. Saya dalam keadaan baik. Saya berusia 80 tahun pada tahun ini,” kata Pele yang di iktiraf ramai antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, dalam satu kenyataan.

“Saya mempunyai hari yang baik dan hari buruk, ia adalah perkara biasa bagi individu seperti saya.”

Pele dikatakan keluar masuk ke hospital sejak beberapa tahun lalu atas pelbagai sebab kesihatan.

Dia tidak pernah pulih daripada salah satu pembedahan pinggulnya, menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda, kata anak lelakinya Edinho dalam temu bual yang diterbitkan pada Isnin lalu.

“Saya tidak terlepas komitmen (pengiklanan) dalam jadual yang padat,” kata Pele, pemain tunggal yang memenangi tiga Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970.

“Saya hadapi pergerakan fizikal yang terbatas dalam cara yang terbaik, dengan tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.”

Disiarkan pada: February 14, 2020 @ 9:38am
d