arena

Liverpool di jangka jarak kedudukan

Oleh AFP

LIVERPOOL dijangka melangkah setapak lagi untuk menyempurnakan misi penantian sekian lama menjuarai Liga Perdana Inggeris berdepan Norwich City, hujung minggu ini.

Ketika pencabar terdekat Reds terus bertarung dalam pemburuan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Reds tampak mampu mengukuhkan kedudukan mendahului 22 mata ke atas Manchester City di Carrow Road pada awal pagi Ahad ini.

Liverpool tidak hanya mahu memenangi liga buat pertama kali selepas 30 tahun tetapi berusaha melakar rekod pencapaian terbaik.

Barisan kendalian Jurgen Klopp hanya tercicir dua mata sepanjang musim ini dan berjaya mengekalkan rekod kemenangan dalam saingan liga.

Pemburuan untuk mengesahkan kejuaraan bermula pada malam pembukaan musim apabila Norwich berkunjung ke Anfield dan tewas 4-0 dalam masa 42 minit.

Kecederaan penjaga gol utama Liverpool, Alisson Becker adalah sesuatu yang membimbangkan berikutan terpaksa diketepikan selama dua bulan.

Selepas memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan prestasinya, Alisson yang menyelamatkan 26 daripada 27 percubaan tepat yang diharungi, ketika rekod jaringan Liverpool 23-1 ketika ini.

“Kami mahu memenangi kejuaraan liga dan untuk memenanginya kami perlu menang semuanya,” Alisson memberitahu Produksi Liga Perdana.

“Cara kami bermain, anda harus gembira kerana jika anda tidak gembira ia mempengaruhi permainan dalam semua perlawanan yang diberi penekanan.

Norwich dipisahkan dengan 55 mata daripada juara Eropah itu. Malah skuad Canaries yang berada di kedudukan tercorot ketinggalan tujuh mata dari zon selamat.

Skuad kendalian Daniel Farke terdesak untuk mempamerkan persembahan terbaik dan memperoleh mata bagi meneruskan saingan di Liga Perdana.

Bagaimanapun, mereka kelihatan mampu menghadirkan kejutan kepada lawan selepas mempamerkan aksi terbaik ketika mencatat kemenangan liga ketika bangkit menewaskan Manchester City, September lalu.

Disiarkan pada: February 14, 2020 @ 10:25am
d