arena

UniKL tak rela TNB rosakkan pesta

Oleh Saiful Affendy Sapran

UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) hanya tinggal selangkah untuk melakar rekod tanpa kalah di saingan Liga Perdana apabila sekali lagi melakar kemenangan 4-0 ke atas Maybank hari ini. Hanya TNB mampu 'merosakkan' kekebalan UniKL apabila kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan terakhir liga Ahad ini.

Selepas 13 perlawanan, UniKL meraih maksimum 39 mata sekali gus ia dilihat satu pencapaian luar biasa bagi pasukan yang sudah mengesahkan kejuaraan liga itu.

"Saya tetap akan turunkan barisan terbaik apabila beraksi pada perlawanan terakhir bertemu TNB. Saya mahu memastikan pemain mengekalkan kualiti permainan di atas padang. "Memang saya mengharapkan kami dapat sekali lagi meraih tiga mata penuh tapi TNB pasti akan memberi kesukaran kepada kami," katanya.

Pada perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, Roel Bovendeert meletakkan UniKL di depan menerusi jaringan padang seawal minit ke-7.

Penyerang skuad negara, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil sekali lagi cemerlang apabila meledak hatrik minit ke-14, 25 dan 32 untuk memastikan kemenangan bergaya UniKL.

Disiarkan pada: February 14, 2020 @ 8:31pm
d