arena

Vydra wira Burnley

Oleh Reuters

GOL Matej Vydra memastikan Burnley meraih kemenangan 2-1 di Southampton sekali gus menyaksikan mereka kekal bertahan di kelompok pertengahan Liga Perdana Inggeris.

Berlangsung di Stadium St Mary, Vydra yang masuk menggantikan penyerang Chris Wood, meledak gol kemenangan pada minit ke-60.

Southampton dilihat lebih berhak untuk mencatat kemenangan selepas bekas pemain Burnley, Danny Ings berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-18 yang juga gol ke-15 diraihnya musim ini.

Burnley di depan seawal minit ke-2 menerusi gol cantik Ashley Westwood.

Vydra berjaya melepasi pertahanan Southampton sebelum merembat deras menggunakan kaki kirinya menewaskan penjaga gol, Alex McCarthy.

Burnley terus bertahan selepas itu ketika Southampton pula bergelut untuk mencipta peluang menjaringkan gol.

Ia adalah kemenangan ketiga Burnley daripada empat perlawanan terakhir liga.

Disiarkan pada: February 15, 2020 @ 11:17pm
d