arena

McIlroy, Scott, Kuchar kongsi pendahulu

Oleh AFP

RORY McIlroy yang mahu mengukuhkan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia mencatat tiga bawah par 68 dan terikat dengan Matt Kuchar dan Adam Scott sebagai pendahulu Genesis Invitational hari ini.

Kuchar menduduki tangga teratas untuk hari ketiga berturut-turut selepas mencatat satu bawah par 70 di Riviera Country Club manakala McIlroy mencatat tiga bawah 68 manakala pemain Australia, Scott melakukan birdie di lubang ke-18 untuk mencatat empat bawah 67.

Semua mereka terikat dengan 10 bawah par 203 - satu pukulan mengatasi Russell Henley dan Harold Varner dalam kumpulan ‘leaderboard’.

Tiger Woods yang memburu rekod gelaran 83 gelaran Jelajah PGA Amerika Syarikat tidak kelihatan dalam kumpulan itu tetapi catatannya lima atas par 76 membolehkan dia menduduki tangga ke-15.

Kuchar memulakan hari dengan kelebihan dua pukulan dan mengekalkan prestasinya dengan tiga birdie menerusi 11 lubang. Tetapi tiga bogey dalam empat lubang terakhir bemula di lubang ke-13 sehingga 14 membuka peluang McIlroy yang mengikat kedudukan menerusi birdie keempat di lubang ke-13.

"Saya membuat pukulan dengan baik sepanjang hari tetapi saya rasa setiap kali membuat pukulan yang lembut seperti diri saya berada di sisi lubang yang salah,” katanya. "Putt saya miliki sangat defensif.

"Terutamanya di lapangan ini, sukar diramal jadi saya mengingatkan diri saya terus bersabar.”

Disiarkan pada: February 16, 2020 @ 11:23am
d