arena

Heung-min wira Spurs

Oleh Reuters

JARINGAN Son Heung-min pada lewat permainan membantu Tottenham Hotspur melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Aston Villa sekali gus naik di tangga kelima Liga Perdana Inggeris.

Villa di depan pada minit ke-9 selepas pertahanan Spurs, Toby Alderweireld menjaringkan gol ke gawang sendiri berpunca daripada sepakan penjuru Anwar El Ghazi.

Namun pemain Belgium itu menebus kesalahannya apabila kembali menyamakan kedudukan menerusi rembatan cantik minit ke-27.

Heung Min meletakkan Spurs di depan pada masa kecederaan babak pertama sebelum Bjorn Engels menyamakan kedudukan minit ke-53.

Ketika perlawanan dilihat berkesudahan dengan keputusan seri, Heung Min meledak gol kemenangan menewaskan penjaga gol Villa, Pepe Reina.

Disiarkan pada: February 17, 2020 @ 12:20am
d