arena

Gerrard harap tuah hukuman City?

Oleh Reuters

BEKAS kapten Liverpool, Steven Gerrard berkata, dia menunggu dengan penuh minat sama ada Liga Perdana Inggeris menghukum Manchester City susulan kesalahan peraturan kewangan.

City dilarang menyertai kejohanan Eropah selama dua musim dan denda 30 juta euro (RM134 juta) oleh UEFA tetapi City menafikan kesalahan itu dan mengesahkan akan membuat rayuan di Mahkamah Arbitrasi Sukan.

Liga Perdana turut membuka siasatan ke atas City yang menjuarai gelaran liga musim 2013-14 yang menyaksikan mereka dua mata mengatasi Liverpool.

"Saya benar-benar teruja dan berminat dengan apa akan berlaku kepada City atas beberapa sebab,” kata pengurus Rangers, Gerrard yang menjadi kapten ketika kempen musim 2013-14 kepada wartawan.

"Daripada pandangan UEFA, jelas ada alasan kukuh hukuman itu. Saya yakin mereka akan merayu, jadi kita tunggu dan lihat apa kesudahannya.”

Disiarkan pada: February 17, 2020 @ 2:51pm
d