arena

Hamilton, Messi kongsi anugerah Laureus

Oleh AFP

JUARA Formula Satu, Lewis Hamilton dan superstar bola sepak, Lionel Messi berkongsi anugerah Atlet Terbaik Tahunan Laureus dalam majlis di Berlin, awal pagi tadi.

Hamilton, 35, juara dunia enam kali dan bintang Barcelona, Messi, 32, berkongsi anugerah itu berdasarkan pencapaian mereka sepanjang 2019.

Ini kali pertama pemain bola sepak menang anugerah berkenaan dan kali pertama dalam sejarah 20 tahun, juri membuat keputusan pemenang berkongsi anugerah.

“Saya bangga menjadi atlet pertama menang anugerah ini daripada acara berpasukan,” kata Messi dari Barcelona menerusi mesej video.

Bintang gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles yang menang lima gelaran pada kejohanan dunia 2019 di Stuttgart seterusnya mengumpul 25 pingat emas kejohanan dunia, menang kategori Atlet Wanita Terbaik Tahunan Laureus buat kali ketiga.

"Bagaikan dunia milik saya, ini anugerah Laureus ketiga dan saya amat bersyukur,” kata Simone dalam sidang video.

Pasukan ragbi Afrika Selatan yang menang Piala Dunia 2019 dinamakan pasukan terbaik tahunan, mengetepikan skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool dan pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat.

Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 9:11am
d