arena

'Mungkin kami boleh kejutkan Spurs'

Oleh AFP

PETER Gulacsi yang menyertai RB Leipzig sejak mereka masih di divisyen dua Jerman teruja menyaksikan kemajuan pasukan itu sehingga mara ke peringkat kalah mati Liga Juara Juara.

Penjaga gol Hungary itu tidak sabar menunggu aksi saingan 16 terakhir awal pagi Khamis ini berdepan finalis musim lalu, Tottenham Hotspur di London.

"Ini pengalaman baharu kami menentang skuad Inggerris. Ia peluang terbaik dan ujian terbesar kami,” kata Gulacsi.

"Jika hari yang baik, mungkin kami dapat mengejutkan mereka.”

Ketika Tottenham kendalian Jose Mourinho menduduki tangga kelima Liga Perdana, Leipzig menuju London dan kini berjuang hebat merebut takhta Bundesliga dengan Bayern Munich yang mereka seri 0-0 pada awal bulan ini.

"Ada dua perlawanan sukar tetapi ini yang kami tunggu,” kata Gulacsi memperkatakan mengenai aksi menentang Spurs. “Ini detik yang kami perjuangkan.”

Saingan 16 terakhir adalah kejayaan terkini Leipzig selepas pencapaian mereka meningkat dalam tempoh sedekad lalu ketika menyertai liga tahap lima Jerman pada 2009.

Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 11:07am
d