arena

Clijsters tak patah semangat

Oleh Reuters

KIM Clijsters berkata, dia tetap puas hati walaupun tewas di tangan finalis Terbuka Australia, Garbine Muguruza 6-2, 7-6(6) di Dubai awal pagi tadi.

Juara empat kali Grand Slam, Clijsters tampil kali pertama di Jelajah WTA sejak Terbuka Amerika Syarikat 2012 dan pemain berusia 36 tahun itu berkata dia tidak patah semangat dan bersedia beraksi beberapa kejohanan lagi.

"Perasaan saya bagus di luar sana,”katanya kepada wartawan selepas tamat perlawanan Duty Free Tennis Championships.

"Saya tidak kata lega tetapi saya rasa mampu menangani kepantasan. Jelas dia bukan salah seorang pemain yang memiliki pukulan kuat. Ada beberapa lagi pemain memukul lebih kuat. Saya rasa saya dapat bersaing dengan dia daripada ‘baseline’.

Garbine, 26, pula berkata dia tak pasti jangkaan diterima daripada Clijsters tetapi berpendapat dia beraksi dengan baik terutamanya pada set kedua.

“Saya yakin dia akan bertambah baik dan sudah pasti menimbulkan masalah kepada kami,” katanya lagi.

Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 11:39am
d