arena

Dua beregu negara mara di Sepanyol

Oleh BERNAMA

DUA beregu Malaysia bermula cemerlang di Kejohanan Badminton Masters Sepanyol di Barcelona apabila berjaya mengalahkan lawan masing-masing untuk layak ke pusingan kedua, awal pagi tadi.

Pasangan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya mengambil masa 16 minit untuk menumpaskan gandingan tuan rumah Oriol Altimira-Jofre Comella 21-8, 21-4 pada pusingan pembukaan kejohanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Vall d’Hebron, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani juga melangkah ke pusingan kedua dengan menewaskan pasangan Mads Pieler Kolding-Carsteen Mogensen dari Denmark 21-14, 21-19 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Kejohanan Super 300 Jelajah Dunia BWF itu menawarkan hadiah keseluruhan US$170,000 (RM706,199).

Disiarkan pada: February 19, 2020 @ 11:24am
d