arena

Gomes sedia kembali hantui Everton

Oleh Reuters

PEMAIN tengah Everton, Andre Gomes yang mengalami kecederaan teruk buku lali empat bulan lalu sedia beraksi menentang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini, menurut pengurus, Carlo Ancelotti.

Pemain antarabangsa Portugal itu diketepikan sejak 3 November selepas mengalami kecederaan ketika menentang Tottenham Hotspur.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai sesi latihan penuh pada penghujung bulan lalu dan berjaya menamatkan 60 minit aksi persahabatan tertutup hujung minggu lalu.

"Dia beraksi dengan baik, tampak selesa dan tanpa masalah. Saya pasti dia sudah bersedia untuk menentang Arsenal,” kata Ancelotti kepada evertontv.

"Sudah tentu saya saya bertanya mengenai perasaannya selepas beraksi kali pertama. Apabila pemain itu tersisih dalam tempoh lama, saya fikir lebih baik untuknya memulakan perlawanan. Dia boleh bersiap sedia daripada terus memanaskannya di bangku simpanan.”

Everton kini di tangga kesembilan dengan 36 mata, satu tangga dan dua mata di atas Arsenal.

Disiarkan pada: February 19, 2020 @ 11:48am
d