arena

Atalanta punya kelebihan

Oleh AFP

JURULATIH Atalanta, Gian Piero Gasperini memuji aksi pemain kelabnya yang harus dikenang selamanya selepas kelab Itali membenam Valencia, 4-1 pagi ini, untuk selangkah ke hadapan melepasi pusingan suku akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali.

Pemain pertahanan dari Belanda, Hans Hateboer menjaringkan dua gol pada minit ke 16 dan 62 sementara Josip Ilicic dan Remo Freuler menjaringkan gol di antaranya.

“Perlawanan ini akan diingat selamanya,” kata Gasperini. “Ia adalah keputusan yang hebat, penuh dengan emosi.”

Ia persembahan luar biasa buat skuad dari Bergamo yang berkunjung ke San Siro dengan kehadiran 40,000 penyokong setia mereka sebagai tuan rumah ketika gelanggang sendiri mereka terletak kira-kira 55km dari situ untuk memenuhi peraturan UEFA.

Denis Cheryshev menjaringkan gol tunggal buat Valencia dalam saingan perlawanan pertama peringkat 16 terakhir melengkapkan perlawanan di San Siro, gelanggang sama di mana skuad dari Sepanyol itu tewas pada final 2001 kepada Bayern Munich menerusi penentuan penalti.

Valencia di tangga ketujuh La Liga, menamatkan peringkat kumpulan di puncak selepas kemenangan di gelanggang lawan ke atas Ajax dan Chelsea tapi kehilangan beberapa tonggak utama berikutan kecederaan dan penggantungan.

“Ia sememangnya perkara yang amat sukar sedikit, ia keputusan 4-1 yang tidak dimahukan,” kata jurulatih Valencia, Albert Celades.

“Pada penghujungnya ia tidak memberi banyak kesan dengan apa yang kita lihat di padang.”

Disiarkan pada: February 20, 2020 @ 10:00am
d