arena

Mondo gagal lepas rekod peribadi

Oleh Reuters

ARMAND Duplantis atau dikenali dengan panggilan Mondo mencatat 6.07 meter dalam acara lompat bergalah untuk memenangi Kejohanan Antarabangsa Dalam Dewan di Lievin hari ini.

Namun, atlet Sweden itu gagal memecahkan rekod dunia peribadi yang dicatatkannya.

Atlet berusia 20 tahun berkenaan gagal dalam tiga percubaan pada 6.19 meter, empat hari selepas memecah rekod peribadi terbaiknya dengan 6.18 meter.

Duplantis mengatasi rekod atlet Perancis, Renaud Lavillenie 6.16 meter dengan hanya satu sentimeter pada 8 Februari.

Legenda Ukraine, Sergey Bubka yang mencatat rekod 6.14m pada 1994 kekal penguasaan di balapan luar dewan namun persatuan olahraga IAAF tidak membincangkan mengenai rekod antara dalam dewan dan luar dewan bagi acara lompat bergalah sejak 2000.

Bubka memecah rekod dunia peribadi miliknya dalam empat kejohanan utama pada 1991.

Disiarkan pada: February 20, 2020 @ 11:38am
d