arena

Simona bergelut sebelum mara di Dubai

Oleh Reuters

PEMAIN pilihan utama, Simona Halep terselamat daripada tersingkir awal dan memenangi dengan perbezaan beberapa mata menewaskan pemain Tunisia, Ons Jabeur 1-6, 6-2, 7-6(7) dalam saingan 16 terakhir Kejohanan Tenis Bebas Cukai Dubai, awal pagi ini.

Simona dari Romania, beraksi dalam perlawanan pertamanya sejak tersingkir pada separuh akhir Terbuka Australia, kurang menyerlah pada set pembukaan ketika Ons meneruskan penguasaan di set pertama untuk mengecewakan lawannya itu.

Begitupun, pemain nombor dua dunia bangkit kembali di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan di mana dia menemui semula sentuhan bertenaga menerusi pukulan di garisan untuk memastikan Ons melakukan beberapa kesilapan.

Perlawanan pada set ketiga sengit dan berlangsung pada tambahan mata di mana Ons berjaya memperoleh tiga mata sebelum Simona memastikan kemenangan menerusi mata penentuan untuk mara ke peringkat suku akhir.

“Ia perlawanan yang sangat sengit, dia beraksi sangat baik,” kata Simona selepas perlawanan itu.

“Tahniah kepada dirinya, saya agak bernasib baik untuk memenangi perlawanan ini.

“Perlawanan pertama selepas sekian lama, ia perlawanan yang sangat sukar. Saya memberikan segalanya yang saya ada, saya hanya mahu memenangi perlawanan. Saya tidak mengalah dengan perbezaan mata, saya sangat bangga kerana berjuang sehingga tamat perlawanan.”

Disiarkan pada: February 20, 2020 @ 11:39am
d