arena

Skuad Liga Super terima RM1 juta

Oleh Firdaus Hashim

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan agihan dana tajaan kepada semua pasukan dengan RM1 juta diberikan kepada 12 pasukan di Liga Super manakala RM500,000 buat 12 pasukan Liga Perdana.

Ia disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan yang turut dilantik secara tetap selepas memangku jawatan berkenaan sebelum ini.

Dengan keputusan MFL berkaitan jumlah pemberian dana itu, ia sekali gus menyaksikan pemotongan hampir 60-50 peratus nilai tajaan yang diterima pada 2018 lalu.

Untuk rekod, dua tahun lalu setiap pasukan Liga Super meraih RM3 juta manakala RM1 juta bagi Liga Perdana.

Disiarkan pada: February 20, 2020 @ 3:09pm
d