arena

Rooney jaring gol dalam penampilan ke 500

Oleh AFP

WAYNE Rooney meraikan penampilan ke 500 dalam liga bola sepak Inggeris dengan menjaringkan gol sebelum Aleksandar Mitrovic meletakkan kelab meningkat naik di liga bahagian dua Inggeris Fulham dengan kedudukan seri 1-1 di Derby awal pagi ini.

Rooney bekas bintang Manchester United serta mencatat nama sebagai penjaring terbanyak skuad kebangsaan England, menyempurnakan penalti selepas bola terkena tangan Tim Ream pada awal babak kedua di Pride Park.

Rooney dengan mudah melambung bola menewaskan penjaga gol Fulham, Marek Rodak.

Tapi Mitrovic, penjaring terbanyak Liga Kejuaraan Inggeris melakukan voli selepas menerima hantaran lintang Aboubakar Kamara untuk jaringan ke 22 musim ini 17 minit sebelum tamat perlawanan.

Keputusan itu sekali gus membolehkan Fulham berkongsi mata dan memberikan kelab London itu dua mata ketinggalan kepada pasukan di tangga kedua liga, Leeds dalam pemburuan slot automatik ke Liga Perdana Inggeris.

Hanya dua pasukan teratas pada penghujung aksi liga akan mengesahkan tempat dalam liga utama bola sepak Inggeris, dengan beberapa tempat lain akan ditentukan menerusi siri perlawanan play off membabitkan pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga hingga enam.

Disiarkan pada: February 22, 2020 @ 7:46am
d