arena

Mueller taruhan kecewakan Chelsea

Oleh AFP

SETAHUN selepas diketepikan oleh ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew, Thomas Mueller akan membuktikan mengapa dia cukup penting untuk Bayern Munich serta Robert Lewandowski menjelang pertemuan dengan Chelsea di saingan Liga Juara-Juara.

Bersama-sama Erling Braut Haaland, Lewandowski kini berkongsi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 10 gol menjelang perlawanan pertama pusingan kedua awal pagi Rabu.

Bagi mengekalkannya di tahap terbaik, Mueller dimasukkan pada separuh masa kedua ketika Bayern mencatat kemenangan 3-2 ke atas pasukan bawahan, Paderborn dengan Lewandowski meledak dua gol.

Penyerang Poland itu berada pada prestasi terbaik apabila sudah menjaringkan 38 gol daripada 32 perlawanan di kesemua pertandingan dan cukup gembira apabila dapat bergandingan bersama Mueller.

“Saya berasa senang apabila Mueller beraksi bersama sama. Dia sangat membantu.

“Kami sentiasa mempunyai seorang pemain tambahan di kotak penalti apabila dia beraksi. Saya mempunyai lebih banyak ruang dan tidak mendapat tekanan daripada lawan,” kata Lewandowski.

Ia bukanlah secara kebetulan Lewandowski mampu meledak banyak gol tetapi hasil bantuan Mueller yang banyak mencipta peluang untuknya.

Mueller kini kembali kepada prestasi sebenar selepas tenggelam ketika bersama kelab dan negaranya sepanjang tahun lalu.

Bersama-sama pemenang Piala Dunia 2014, Mats Hummels dan Jerome Boateng, Mueller dimaklumkan pada Mac lalu bahawa dia tidak diperlukan lagi oleh Loew yang membentuk pasukan baru selepas kempen hambar pada Piala Dunia 2018.

Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 11:50am
d