arena

Rembatan terus ke dapur

Oleh Agensi

PERLAWANAN Liga Belanda antara SC Heerenveen dan ADO Den Haag semalam berlangsung dengan sengit apabila menyaksikan kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 2-2.

Bagaimanapun, rembatan pemain tengah tuan rumah, Alen Halilovic pada minit ke-72 berjaya mencuri tumpuan apabila bola berkenaan terus menuju ke dalam kiosk menjual makanan dan minuman.

Rembatan tersasar Halilovic yang masuk sebagai pemain gantian ternyata mengejutkan pemain, penyokong di stadium dan penonton di rumah.

Penonton di rumah yang menyaksikan perlawanan di televisyen sudah pasti dapat menonton sepakan berkenaan beberapa kali melalui ulang tayang serta gerak perlahan.

Bola yang terus masuk ke kiosk menjual makanan dan minuman itu turut menjatuhkan beberapa paket makanan ringan dan mengejutkan seorang jurujual.

Pemain kelahiran Croatia itu beraksi secara pinjaman bersama Heerenveen dan dia perlu lebih banyak melakukan rembatan tepat ke bucu gawang gol bukannya tersasar ke arah dapur jika mahu menambat hati kelab asalnya, AC Milan.

Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 10:52pm
d