arena

'Ikutlah team order'

Oleh Agensi

PERUBAHAN polis yang dilakukan Ferrari tahun ini tidak bermakna mereka sudah mengetepikan strategi memberi laluan kepada pelumba pendahulu atau team order.

Selepas pelancaran jentera baru awal bulan ini, prisipal pasukan, Mattia Binotto mengesahkan Sebastian Vettel dan Charles Leclerc akan menerima layanan sama rata.

Bagaimanapun, minggu lalu Binotto berkata, beliau kekal untuk menggunakan team order pada situasi yang diperlukan untuk membolehkan Ferrari memperoleh keputusan paling baik dalam perlumbaan.

Leclerc sudah membuktikan dia sudah bersedia untuk bersaing mendapat layanan yang sama dengan Vettel.

“Dia berlumba dengan cemerlang dan melalui musim terbaik tahun lalu. Dia menunjukkan prestasi yang sama pada hujung musim dengan Sebastian jika diukur dari segi keputusan keseluruhan.

“Saya rasa dia sudah buktikan bahawa dia mampu memberikan yang terbaik. Jadi, saya rasa mereka berada pada kedudukan seimbang pada awal permulaan musim 2020.

“Mereka juga sudah tahu bahawa pasukan ini mempunyai perkara yang sepatutnya diberi keutamaan. Jadi, team order masih tetap akan berlaku.

“Saya tidak berkata mereka bebas untuk berlumba dan tidak ada arahan khusus kepada pelumba tertentu. Jadi, akan ada arahan yang memberi keuntungan kepada pasukan,” katanya.

Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 6:45am
d