arena

Griezmann penyelamat Barcelona

Oleh AFP

ANTOINE Griezmann muncul penyelamat Barcelona yang seri 1-1 di Napoli pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara hari ini.

Bintang Perancis itu menjaringkan gol minit ke-57 di Naples selepas Dries Mertens meletakkan tuan rumah di depan minit ke-30 sekali gol peribadi ke-121 dan menyamai Marek Hamsik sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab.

Barcelona beraksi dengan 10 pemain apabila Arturo Vidal dibuang padang ketika permainan berbaki dua minit selepas menerima kad kuning kedua.

“Pada akhirnya keputusan seri sudah agak baik mengambil kira kami mempunyai satu lagi perlawanan di tempat sendiri,” kata jurulatih Barcelona, Quique Setien menjelang aksi timbal balik di Nou Camp pada 18 Mac.

Ia adalah pertemuan pertama kedua-dua pasukan dan juga yang pertama di sainga Liga Juara-Juara untuk Setien serta rakan sejawatan di Napoli, Gennaro Gattuso yang membimbing kelab itu selepas saingan peringkat kumpulan.

“Mereka tidak dapat menembusi kami. Ia menjadi sebaliknya dalam satu ketika dan mereka terus menghukum kami,” kata Gattuso.

Sementara itu kapten Napoli, Lorenzo Insigne menambah: “Kami mampu untuk mencatatkan kemenangan dan ia sedikit mengecewakan. Agak berbangga dapat berdepan pemain seperti Lionel Messi.”

Messi gagal untuk menjaringkan gol pada penampilan pertamanya di Stadio San Paolo yang menyaksikan legenda Napoli, Maradona mencipta nama tiga dekad lalu.

Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 7:48am
d