arena

Watford lebur rekod tanpa kalah Liverpool

Oleh AFP

REKOD musim tanpa kalah Liverpool dalam Liga Perdana dileburkan dengan gaya hebat ketika dua jaringan Ismaila Sarr mengeluarkan Watford dari zon penyingkiran selepas menang 3-0 di Vicarage Road pagi ini.

Kemenangan besar itu membantu the Hornets mendahului Bournemouth, yang seri 2-2 berdepan Chelsea sementara West Ham turut menghidupkan peluang terselamat dengan kemenangan 3-1 ke atas Southampton semalam.

Liverpool kekal mendahului 22 mata dan semakin pasti merangkul kejuaraan pertama liga dalam tempoh 30 tahun.

Namun harapan mereka untuk menyamai musim luar biasa Arsenal pada 2003/04 dimusnahkan dengan aksi bertenaga Watford.

“Kamu harus menerimanya, ia bukan perkara mudah, tapi ia membuktikan kami tidak cukup bagus malam ini,” kata bos Liverpool, Jurgen Klopp selepas rekod 44 perlawanan tanpa kalah pasukannya dalam liga lebur dengan kekalahan besar.

Ketika Sarr menjaringkan dua gol dalam enam minit awal permainan separuh masa kedua sebelum pemain Senegal itu bertindak mengumpan bola kepada Troy Deeney untuk melengkapkan kemenangan gemilang itu.

“Ismaila Sarr adalah pemain yang luar biasa, bakat luar biasa. Dia masih mempunyai banyak perkara yang perlu di belajar, dan akan terus belajar, tapi saya fikir ia prestasi pasukan keseluruhan,” kata kapten Wtaford Deeney dengan penuh bangga.

Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 9:07am
d