arena

Aksi sukar diterima

Oleh AFP

PEMAIN pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk menyifatkan aksi yang ‘sukar diterima’ selepas rekod tanpa kalah pasukannya dalam 44 perlawanan di Liga Perdana lebur dengan kekalahan mengejut 0-3 di gelanggang lawan berdepan pasukan bergelut Watford.

“Pertama sekali pujian kepada Watford, mereka berhak menang. Ia sukar untuk ditelan tetapi itulah bola sepak,” kata van Dijk kepada Sky Sports selepas kekalahan di Vicarage Road.

“Kami perlu memperbaikinya.”

Juara bertahan Eropah itu, yang memburu gelaran pertama dalam era Liga Perdana, dikejutkan dengan dua gol Ismaila Sarr di separuh masa kedua dan jaringan minit ke-72 Troy Deeney.

Kekalahan itu menamatkan harapan Liverpool untuk memenangi kejuaraan liga Inggeris pertama dalam tempoh 30 tahun dengan rekod tanpa kalah semusim apabila tewas buat kali pertama sejak Januari 2019.

“Kami perlu melakukannya dengan lebih baik. Ia tidak boleh diterima kalah 3-0 di sini,” katanya ketika Liverpool masih mengekalkan jurang 22 mata ke atas pesaing terdekat Manchester City sekali pun tewas pada perlawanan itu.

Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 1:26pm
d