arena

Gol Jimenez malukan Spurs

Oleh Reuters

RAUL Jimenez menjaringkan gol kemenangan minit ke-73 ketika membantu Wolverhampton Wanderers bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Selepas tewas 1-2 kepada Chelsea minggu lalu, Steven Bergwijn menjaringkan gol pertama minit ke-13 sekali gus menyaksikan anak buah Jose Mourinho di depan seketika.

Bagaimanapun pelawat menyamakan kedudukan minit ke-14 menerusi penyerang antarabangsa Ireland, Matt Doherty yang mengambil peluang keemasan kesilapan di benteng pertahanan lawan.

Serge Aurier kembali meletakkan Spurs di depan menerusi rembatan kaki kiri sebelum Diogo Jota menyamakan kedudukan minit ke-57 dan Jimenez mengesahkan kemenangan menerusi gol ketiga untuk Wolverhampton.

Kemenangan itu menyaksikan Wolves menduduki tangga keenam dengan 42 mata selepas 28 perlawanan.

Manchester United pula sekadar seri 1-1 dengan Everton.

Disiarkan pada: March 2, 2020 @ 12:16am
d