arena

Kemenangan Everton 'dirompak'

Oleh Reuters

EVERTON dan Manchester United seri 1-1 di Goodison Park pada saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi ini, dalam perlawanan menarik yang berakhir dengan drama lewat VAR dan pengurus pasukan tuan rumah, Carlo Ancelotti di layangkan kad merah.

Jaringan menarik pada minit ke 31 oleh perancang tengah United, Bruno Fernandes menafikan jaringan awal Dominic Calvert-Lewin dan penyerang Everton itu menyangka dia dapat mencuri tiga mata di minit akhir perlawanan menerusi rembatan leret yang terkena Harry Maguire namun usahanya itu dinafikan VAR.

Pemain Everton, Gylfi Sigurdsson terbaring di atas padang selepas rembatannya berjaya dinafikan David De Gea. Pengadil perlawanan Chris Kavanagh berbincang dengan pembantunya untuk menilai tayangan VAR seterusnya menafikan jaringan berkenaan kerana ofsaid, selepas mendapati Sigurdsson menghalang De Gea.

Keputusan itu mendapat bantahan Everton dan pengurus mereka Carlo Ancelotti dilayangkan kad merah kerana bantahan selepas wisel permainan dibunyikan.

“Ia bukan kali pertama saya di buang padang dan ia bukan yang terakhir,” kata Ancelotti dalam nada bergurau. Malah dia kelihatan tenang selepas perlawanan itu dan mengakui ia keputusan yang sukar bagi pengadil berkenaan.

Minit akhir drama hadir selepas penjaga gol Everton, Jordan Pickford bertindak menyelamatkan dua percubaan tepat untuk menafikan usaha Fernandes dan menggunakan kakinya menidakkan percubaan pemain gantian Odion Ighalo.

Keputusan seri cukup memadai dan mengekalkan United di tempat kelima, tiga mata di belakang pasukan di tangga keempat Chelsea sementara Everton di tempat ke 11.

Disiarkan pada: March 2, 2020 @ 8:54am
d