arena

Real benam Barca pada aksi 'Clasico'

Oleh Reuters

REAL Madrid mempamerkan karakter sebenar mereka dengan menewaskan Barcelona 2-0, dalam pertembungan dua pasukan teratas liga aksi ‘Clasico’ awal pagi ini, sekali gus merampas kedudukan puncak La Liga.

Kemenangan itu juga memberikan semangat ke atas Madrid selepas kekalahan di gelanggang sendiri dan saingan Eropah minggu lalu.

Pemain muda Brazil, Vinicius Jr menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 71 yang mengeliru jangkaan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen selepas bola terkena Gerard Pigue, dan pemain gantian Mariano menambah gol kedua pada minit kecederaan.

Kemenangan Real bermakna mereka mendahului liga dengan 56 mata selepas 26 perlawanan manakala Barca turun di tangga kedua dengan 55 mata.

Sementara skuad kendalian Zinedine Zidane turut bergelut untuk mencatat rekod pertemuan antara kedua-dua gergasi Sepanyol itu serta kemenangan dalam saingan liga membolehkan mereka dibezakan menerusi kedudukan mata.

Real bermula agak perlahan selepas kekalahan perit ke atas Levante dalam saingan La Liga dan Manchester City dalam saingan pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara minggu lalu, namun mereka bangkit mempamerkan aksi bertenaga pada separuh masa kedua berdepan Barca melakukan deretan percubaan sebelum berjaya memecah kebuntuan jaringan.

“Kami berhak memperoleh kemenangan untuk semuanya yang kami lakukan, di bahagian serangan dan pertahanan,” kata Zidane.

“Kami mengharungi minggu yang sukar dan memiliki peluang untuk melakukan perubahan jadi kami melakukannya.

“Namun kemenangan ini tidak mengubah apa-apa. Kami masih mempunyai perjalanan yang jauh dan harus meneruskannya. Kami memperoleh tiga mata penting tapi kami mempunyai lebih banyak perlawanan sukar dan akan terus dikritik lagi.”

Disiarkan pada: March 2, 2020 @ 9:31am
d