arena

Memperkasa program pembangunan

Oleh Syazwan Msar

AGENDA memperkasakan program akar umbi antara perkara utama perbincangan Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Saad Ichalalene bersama Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Dennis Bekking dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini.

Hamidin berkata, perbincangan itu juga turut membabitkan truktur serta penyelarasan semula di dalam PPBN serta perencanaan program pembangunan bola sepak di AMD.

“Pertemuan berkenaan menyaksikan Saad membincangkan mengenai struktur serta penyelarasan semula di dalam PPBN serta perencanaan program pembangunan bola sepak di AMD.

“Di harap dengan hasil perbincangan ini bola sepak negara akan terus diperkasa dengan program latihan dan pembangunan pemain di AMD lebih tersusun dan terancang,” katanya, di sini.

Saad adalah bekas Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak Remaja Paris Saint Germain (PSG) dilantik sebagai Pengarah Teknikal PPBN berkuat kuasa 1 Disember tahun lalu.

Hadir sama dalam sesi perbincangan itu, Pengarah Teknikal FAM Peter de Roo dan Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam.

Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 11:52pm
d