arena

Musa berubah mengikut perlembagaan

Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka : Perubahan kepimpinan di peringkat kerajaan negeri Melaka bakal memberi kesan kepada Persatuan Bolasepak Melaka (Musa).

Setiausaha Agungnya, Farhan Ibrahim berkata, ia berikutan dalam perlembagaan persatuan, presiden adalah Ketua Menteri (KM) atau orang yang dinamakan oleh KM terbabit.

“Buat masa ini, presiden Musa masih Damian Yeo Shen yang dinamakan oleh mantan KM, Adly Zahari.

“Namun apabila KM baharu mengangkat sumpah maka persatuan akan mengadakan kongres tahunan untuk menabalkan presiden yang baharu juga," katanya.

Menurutnya, ia turut membabitkan pemilihan semua ahli jawatankuasa eksekutif yang baharu memandangkan tahun ini adalah tahun pemilihan bagi Musa.

Bagaimanapun, jika KM baharu mahu mengekalkan Damian sebagai presiden, bermakna jawatan nombor satu itu masih kepadanya.

Apapun, Musa melihat masih menunggu perkembangan semasa berkaitan pelantikan KM yang baharu berkenaan.

Disiarkan pada: March 5, 2020 @ 9:43pm
d