arena

Eric Dier amuk pada penyokong [VIDEO]

Oleh Agensi

PEMAIN tengah Tottenham, Eric Dier memanjat tempat duduk penonton di Stadium Tottenham Hotspur dan berdepan dengan penyokong selepas Spurs tersingkir dari Piala FA menerusi penentuan penalti kepada Norwich di gelanggang sendiri.

Adik Dier yang berada di tempat duduk penonton dan tidak gembira dengan situasi itu, dia kemudian ditenangkan dengan petugas di stadium.

Mourinho berkata : "Saya fikir Eric melakukan apa yang seorang pemain profesional tidak harus lakukan tetapi kemungkinan ada di antara kami yang melakukannya.”

“Orang itu menghina Eric, adiknya marah dan Eric juga tidak gembira. Kami sebagai profesional tidak boleh lakukan apa yang dia lakukan.

“Jika kelab menghukum Eric Dier saya tidak setuju, tetapi apa yang dia lakukan memang salah.”

Persatuan Bola Sepak dan Tottenham sedang menyiasat kejadian itu.

Dier, yang mempunyai 40 kap penampilan bersama England, menjaringkan penalti penentuan ketika tewas kepada Norwich, tapi penjaga gol Tim Krul menyelamatkan dua usaha menjaringkan gol untuk melayakkan the Canaries mara ke suku akhir Piala FA.

Disiarkan pada: March 5, 2020 @ 11:38pm
d