arena

Hazard selamat jalani pembedahan

Oleh AFP

BINTANG Real Madrid dan Belgium, Eden Hazard selamat menjalani pembedahan kaki kanannya yang patah, menurut pendahulu La Liga, awal pagi tadi.

"Eden Hazard selamat dibedah di bahagian fibula kaki kanannya di Dallas hari ini," menurut Real dalam satu kenyataan.

"Operasi itu diselia Perkhidmatan Perubatan Real Madrid dan Hazard kini dibawah pemantauan sehingga proses pemulihan.”

Hazard dikeluarkan ketika menentang Levante pada 23 Februari lalu yang juga penampilan keduanya dalam kesebelasan utama selepas berehat tiga bulan akibat kecederan sama.

Dia menyertai Madrid dengan harga 100 juta euro (RM467.25 juta) dari Chelsea pada musim panas lalu tetapi berdepan detik ngeri pada tahun pertamanya di Sepanyol. - AFP

Disiarkan pada: March 6, 2020 @ 2:43pm
d