arena

Crystal Palace sambung kontrak Hodgson

Oleh Agensi

ROY Hodgson menandatangani kontrak lanjutan setahun bersama Crystal Palace umum kelab Liga Perdana itu.

Hodgson berada dalam peringkat akhir enam bulan dalam kontrak sebelum ini, tapi dengan tempoh lanjut semusim lagi dalam liga utama kelihatan seakan selamat, dia dan Palace mencapai persetujuan untuk bekerjasama dalam tempoh setahun lagi.

Ia menyaksikan karier pengurusannya mencipta sejarah melepasi 44 tahun.

Bekas pengurus England berusia 72 tahun sudah berada di kelab London sejak 2017, menggantikan Frank de Boer selepas kelab berkenaan tewas dalam empat perlawanan awal Liga Perdana tanpa menghasilkan sebarang jaringan.

Dia berjaya memimpin Palace ke kedudukan penamat ke 11 pada 2017-18, kedudukan antara terbaik yang diperoleh sepanjang beraksi di Liga Perdana.

Mereka menamatkan musim 2018-19 di kedudukan ke 12 dan berada di landasan tepat untuk penamat di tengah carta, selepas berjaya mengumpul 36 mata daripada 28 perlawanan.

Kelab itu ketika ini berada di kedudukan ke 12, kemenangan demi kemenangan membolehkan mereka yang berbeza empat mata di belakang Tottenham di kedudukan ke tujuh dan sembilan mata mengatasi tiga pasukan terbawah.

Disiarkan pada: March 6, 2020 @ 11:04pm
d