arena

Marseille cicir mata lagi

Oleh Reuters

MARSEILLE melepaskan peluang meraih mata penuh buat kali kedua dalam tiga perlawanan apabila mereka mempersiakan kelebihan mendahului dua gol selepas seri 2-2 menentang Amiens pada aksi Ligue 1.

Pasukan tuan rumah itu yang menduduki tangga sebelum ini tewas kepada Nantes dua minggu lalu, namun kali ini mereka dilihat lebih bersemangat apabila mendahului lawan melalui Morgan Sanson dan Dimitri Payet.

Bagaimanapun, jaringan penyamaan pasukan lawan di masa kecederaan melalui Saman Ghoddos merubah segalanya dan sebelum itu Serhou Guirassy berjaya merapatkan jurang.

Jurulatih Marseilleh, Andre Villas Boas pula dilayangkan kad merah kerana bertegang urat dengan pengadil selepas perlawanan tamat.

Keputusan berkenaan menyaksikan Marseille mengumpul 56 mata daripada 28 perlawanan, sembilan mata mengatasi Stade Rennes yang akan menanti kunjungan Montpellier esok.

Pendahulu liga PSG, yang aksinya menentang Strasbourg terpakdsa ditunda akibat wabak koronavirus, mengumpul 68 mata daripada 27 perlawanan.

Aksi berkenaan menyaksikan Sanson membuka jaringan sebelum rehat menerusi rembatan daro dalam petak penalti selepas menerima umpanan dari Kevin Strootman.

Amiens masih lagi berjaya memberi tentangan dengan beberapa percubaan bahaya namun Payet menggandakan jaringan tuan rumah pada minit ke-56.

Guirassy berjaya merapatkan jurang melalui sepakan penalti pada minit ke-84 selepas dia dijatuhkan Jordan Amavi.

Dia hampir menjaringkan gol penyamaan dua minit kemudian namun tandukannya terkena palang namun Amiens meneruskan tekanan dan akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila Ghoddos menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Disiarkan pada: March 7, 2020 @ 8:25am
d