arena

Hatton dahului pusingan ketiga

Oleh Reuters

TYRELL Hatton terselamat dari aksi yang penuh mencabar untuk mendahului dua pukulan mengatasi Rory Mcllroy adn Marc Leishman di pusingan ketiga Kejohanan Jemputan Arnold Palmer semalam.

Hatton berjaya membenam birdie pada lubang terakhir untuk mencatat satu di bawah par 73 dan cukup untuk menjarakkan kedudukandengan pencabarnya di Bay Hill, Orlando.

Pemain kelahiran England itu mengumpul enam di bawah 210, manakala Mcllroy yang mencatat bogey pada lubang terakhir selepas pukulan keduanya terkena batu berkongsi kedudukan kedua bersama Leishman dengan catatan empat di bawah par.

Pemain Afrika Selatan, Christiaan Bezuidenhout bersama Im Sung Jae, Danny Lee dan Harris English ketinggalan tiga pukulan di belakang.

“Ia sangat sukar ketika berada di dalam lapangan. Anda akan kelihatan sering melakukan kesilapan mudah walaupun sudah melakukan pukulan terbaik,” kata Hatton

“Saya rasa seperti beraksi di Terbuka Amerika Syarikat. Ia memang menyeronokkan beraksi dengan lebih mencabar tidak seperti normal,” kata Mcllroy.

Disiarkan pada: March 8, 2020 @ 11:39am
d